Ahad, 16 Disember 2012

Kisah Seorang Pencinta..

Isnin..17 Desember 2012..1.01 AM..

menjelma ideaku untuk mencoret sesuatu..kisah hidupku yang dahulu..ku kongsikan segala..buat tatapan kita semua..segala perkara menjadi ajaran buat kita..menjadi petanda..untuk kita pulang ke pangkal jalan semula.. INI KISAHKU..

Suatu masa..aku bertemu dengan seorang hamba..yang ku rasa kosong jiwanya..yang ku rasa tidak berpunya dan bukan punya sapa-sapa..inginku menghampirinya..tetapi ghairahku tiada..dia tidak memandang aku sebagai sesiapa..cuma memandang aku lelaki biasa..ku diamkan diriku sahaja..menunggu dia memulakan bicara..yang ku mampu memerhatikan dia..dari jarak yang jauh tak terhingga..walaupun jasad seinci dekatnya..tetapi HATI..jauh nun disana..Bermula dari itu..aku tertarik dengannya..dengan wajahnya..senyumannya..bicaranya..perilakunya..bagiku sempurna..mungkin bila manusia menyukai sesuatu itu..dibilangnya sempurna..begitu juga aku.. :)

sepanjang waktu aku memujanya..bukan pada zahir..tetapi kalbuku berkata-kata..aku terfikir..bilakah lagi dapat aku bertemu dengannya? adakah sepurnama? ataupun..tidak akan lagi bersua muka..aku gusar disitu..Agaknya Tuhan mendengar rintihan ku..kami bersua untuk sekian waktu..gembira ku bukan kepalang..kerana aku mengintai..setiap ruangan untuk ku isi hatinya..adakala aku seperti singa garangnya..bila manusia menghina dia..kan cuba membuat dirina sempurna..ku tahu bukan ku dapat apa-apa darinya..tetapi kepuasan tuk ku melindunginya..membuat aku gembira sentiasa..

Pertama kali ku mendapat dakapanya..cukup panas terasa..aku gembira..walaupun ku tolak sementah-mentahnya..aku tidak bersedia..bersedia menerima dakapan itu..kerana..aku tidak layak untuk merasa kehangatan itu..sepanjang masa yang berlalu..aku gembira disitu..ku rasa seperti diriku wujud..

Akhirnya perpisahan itu terjadi sekali lagi..aku sedih dengan perkara itu..tetapi..bicaranya membuat aku kuat semula..yang kami akan bertemu tuk sekian kalinya.. akan ku terus menanti..walaupun tuk beberapa masa kami gembira bersama..tibalah masa musim dingin menjelma..aku dan dia seperti tiada apa-apa..aku kecewa tetapi tetap setia..aku berharap dia merasa perkara yang sama..bila ku mulakan bicara..dinginnya dia sungguh terasa..aku kecewa tetapi aku setia..mungkin dia sibuk disana..mungkin aku cuma mengganggu sahaja..BILA DIA SUSAH TERASA..AKU CUBA UNTUK MENOLONGNYA..TETAPI APAKAN DAYA..BILA AKU CUBA BERUSAHA..PASTI HALANGAN YANG BESAR MUNCUL TANPA DISANGKA..AKU MINTAK MAAF.SEKIRANYA ITU MEMBUAT ENGKAU KECEWA..aku sentiasa mengikuti berita..berita tentang dirinya.. aku bukan seorang " STALKER"..cuma aku mengambil berta tebtang dirinya..aku tahu aku tidak sempurna..cukuplah untuk dia tahu yang aku sayangkan dirinya..ak tahu..diriku seperti halusinasi dirinya..tetapi..bila dia gembira..aku turut gembira..biarlah aku menunggu..menunggu dirinya untuk datang kepadaku..

Wahai empunya diri yang ku rindui..dengarlah suara hatiku ini..moga dirimu tahu..yang aku sayangkan diri mu..