Sabtu, 8 Oktober 2011

Tuhan..

Tuhan..
Bila mana aku mencari jalan tuk aku meletakkan mahkota jiwa..
Kau kirimkan cahaya buat aku..seorang teman..
hari ku subur dengan kedamaian dan kebahagian..
tatkala dia tersenyum..
aku merasa betapa dahsyatnya bahagia..
aku merasa betapa agungnya dunia..
aku merasa betapa manisnya erti sebuah cinta..


Tuhan..
aku mengucapkan syukur bila mana cinta mendampingi aku..
tawaduk ku menjadikan aku lebih dekat dengan-Mu..
atas kebahagian yang engkau anugerahkan kepadaku..
walaupun cinta ku tak seindah siti khadijah dan muhammad
tak sekuat balqis dan sulaiman..
tak seutuh zulaikha dan yusuf..
aku tetap bersyukur..
kerana dia mampu tuk menerima aku..
saban waktu..aku menanti teman ku..
menanti perkhabaran dari hati yang tulus..
menanti salam dari jiwa yang merindui..
walaupun payah tuk ku perolehi..
aku tetap sabar menanti detik itu berlalu..


Tuhan..
hamba-Mu ini bahagia meniti hari-hari mendatang..
kerana teman yang Engkau kirimkan sentiasa ada dijiwa..
menemani aku..
dalam duka dan gembira..
dalam gurau dan senda..
dalam tangisan dan hampa..
aku bahagia..
kerana adanya dia menghiasi alam fantasia berseni..
adanya dia mencoret kasih dalam hati yang hening..
adanya dia melakar seribu kata secangkir bahasa..


Tuhan..
aku menerima kasih darinya tanpa ada telinga yang mendengar..
tanpa ada mata yang melihat..
tanpa ada lidah yang bermadah..
dan..
tanpa ada sentuhan tuk dirasa..
aku ihklas menerima si dia sebagai teman aku dibuana..
walaupun adakala tak tertanggung sakit dijiwa..
dialah yang membius hatiku yang gundah..
bila amarah menguasai jiwa..
dialah menjadi penyejuk sukma berkata..
bila hasad menyelimuti raga..
wajahnya menjadi benteng segala..


Tuhan..
tika suatu masa..
Engkau berikan ak merasa..
nikmat kasih dari seorang manusia..
aku alpa tanpa beringat akan bumi yang ku jejak..
jarak seperti benua..
menjadikan kami jauh terpisah..
sehingga hilang manisnya cinta di dalam jiwa..
aku terkesima..
bila merasa diri ini hanya perhiasan sahaja..
yang disayang tuk suatu jangja masa..
dan..
dibuang tika puas menguasai jiwa..
aku menatap potretnya dalam jiwa yang gelisah..
dan monolog berbicara..


"ADAKAH KASIHMU HILANG WAHAI TEMAN JIWA YANG HAMPA?"


aku merasa..
kasih tu sudah lama tenggelam dalam lautan dunia..
perlukah air mata menitis meratapi kehilangan satu jiwa yang dikasihi..
wahai jiwa..
tuhan sentiasa mendengar akan rintihanmu..
akan diberi jalan buatmu..
supaya kamu kuat mengharungi jalan berliku..


Tuhan..
sekarang..
aku mampu merasa kasih seorang insan yang Engkau kirim buatku..
yang menjadi semangat untuk aku merasa keindahan naluri yang disulami cinta nan suci..
aku tahu..
bahawa hanya aku yang merasa..
tak tahu sama ada dia merasa sesuatu yang sama..
moga tuhan memberi petunjuk kepadanya
agar dia sedar akan kasih yang ku harapankan..


Tuhan..
setiap detik..
aku menanti sapaannya..
walaupun terpaksa aku yang memulakan bicara..
aku ingin merenung matanya..
walaupun terpaksa ku melihat abstraknya sahaja..
aku ingin menyelami jiwanya..
walupun kami jarang bersua..
aku ingin menyentuhnya..
agar hilang segala resah dijiwa..


tuhan..
setiap luahan ini..
diharapkan sebagai satu doa..
agar nanti..
dapatku bersama orang yang aku sayangi..


IKHLAS DARI PUTERA ABADI..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan